Pemain rugby Australia gigit kemaluan lawannya ketika perlawanan

Anthony Watts. smh.com.au

Seorang pemain rugby asal Australia Anthony Watts yang bermain untuk pasukan Gold Coast disiasat pihak berkuasa kerana disyaki menggigit zakar lawannya dalam pertandingan akhir Piala Bycroft (piala Liga Rugby Australia).

Akhbar the Huffington Post melaporkan, Rabu (4/9), mangsa mengadukan seluarnya telah dilondeh oleh Watts dan kemaluannya terasa sakit sebab gigitan lelaki itu.

Namun Watts membantah semua tuduhan tersebut. Di sisi lain dia meminta maaf sebab terjadi sentuhan fizikal yang sangat keras dan mungkin tidak sengaja telah terkena alat sulit lawannya. Sebab ini Watts digantung sebulan dan tidak boleh ikut pertandingan.

Menurut laman rasmi Gold Coast Watts juga telah disiasat atas kes-kes lain iaitu menghasut pemain agar terjadi perkelahian di padang. Bukan kali ini saja pemain rugby itu bikin onar. Jun lalu dia disyaki melempar sesuatu pada lawannya.

Rugby memang sukan keras dengan perlindungan tubuh minimum. Pemainnya sering menderita patah rahang, patah gigi, patah siku, digigit, bahkan mengencing lawan.

merdeka.com


No comments:

Post a Comment