Pasangan ditangkap khalwat dimandi dan diarak keliling kampung


Lhokseumawe, Aceh - Seorang lelaki ditangkap khalwat di rumah kosong bersama seorang ibu tiga anak di Kampung Matang Kumbang, daerah Baktiya Kota Lhokseumawe. Penduduk menuduh keduanya telah bersetubuh namun mereka menafikan. Lelaki tersebut mengaku sedang mencari durian.

Jelas saja penduduk tak percaya. Mengetahui ada pasangan yang ditangkap khalwat di kampung membuat penduduk meradang. Tidak tunggu lama, penduduk langsung beramai-ramai melihat dan mengarak mereka.

"Langsung kami tangkap dan kami mandikan di kolam," ungkap salah seorang penduduk tempatan, Syamsul Arifin, Rabu (12/9).

Penduduk sudah lama curiga kerana lelaki tersebut memang kerap mendatangi rumah ibu beranak tiga ketika si suami tidak berada di rumah untuk bekerja di kebun.

Lebih lanjut, Syamsul mengatakan meminta pasangan tersebut untuk membayar denda bagi memulihkan nama baik kampung tersebut yang telah tercemar dengan perbuatan jijik itu.

"Kami minta ganti bayaran untuk memperbaiki nama kampung," tutupnya

forum.detik.com

3 comments:

  1. Biar jadi pengajaran. Mujur aje tak dibaling/rejam batu..

    ReplyDelete
  2. hukuman cara islam ke tu?

    -papageme-

    ReplyDelete
  3. mengaibkan org ni..biarlah org yg faham hukum islam menghukumnya..

    yg blkg2 tu blum tentu masuk syurga..

    ReplyDelete