Julia Vins, gadis berwajah Barbie bertubuh Rambo


Yulia Viktorovna Vins, atau biasa disapa Julia Vins, tengah menjadi buah mulut di dunia maya kerana penampilan tubuhnya yang hebat.

Yulia yang diketahui berkerjaya sebagai atlet angkat berat dari Rusia mempunyai fizikal kekar seperti Rambo dan wajah secomel Barbie. Keunikan itu membuat gadis 17 tahun, yang juga aktif dalam komuniti atlet angkat berat Rusia, ini menjadi virus di dunia maya.


Siri gambar yang menunjukkan wajah seperti boneka dan fizikalnya yang kekar seperti lelaki, langsung menarik perhatian awam. Dalam temu bual dengan sesama penggemar angkat berat, Yulia mengatakan bahawa dia awalnya mengikuti latihan angkat berat hanya untuk menjadi lebih kuat dan membina rasa percaya diri. Sejak awal, tak pernah terlintas di benaknya untuk  menjadi seorang atlet angkat berat profesional.



Selama tahun pertama, Yulia melatih otot-ototnya tanpa mengikuti program latihan yang jelas, tetapi akhirnya dia memutuskan bahawa dirinya memerlukan bimbingan dari pengajar profesional. Bulan ini, Yulia sedang mempersiapkan diri untuk mengikuti pertandingan angkat berat rasmi pertamanya.


Namun, ada beberapa orang yang ternyata tidak suka pada keputusan Yulia memilih menjadi seorang atlet angkat berat. Mereka mengatakan padanya bahawa ia akan merosakkan tubuh cantiknya. Yulia berusaha mengabaikan komen-komen negatif itu demi kerjayanya. Baginya, angkat berat adalah hidupnya dan dia merasa kesal saat orang lain mula cuba memaksakan pendapat mereka pada dirinya.

merdeka.com

1 comment:

  1. pergh ni kalau pakwe dia curang, memang habis la. lebam dia kejekan haha

    ReplyDelete