Jennifer Lawrence: Aku telanjang dalam 'X-Men: Days of Future Past'

Peranannya sebagai Mystique di "X-Men: Days of Future Past" rupanya menuntut Jennifer Lawrence untuk telanjang saat melakoninya. Baru-baru ini, Jennifer mengaku bahawa ia kerap telanjang di filem terbarunya. Apalagi di sekuel "X-Men: First Class" itu, kekasih Nicholas Hoult ini lebih sering tampil sebagai Mystique ketimbang versi manusianya.

"Aku telanjang," ujar Jennifer. "Tapi saat aku harus memakai baju, aku suka kostum era 70-an."

Di filem ini, Mystique dikisahkan merasa lebih bangga percaya diri saat menjadi mutan. Kerana itulah, watak-watak tersebut akan berbeza dengan filem pertamanya dimana Mystique kerap tampil dalam wujud manusia.

"Ada beberapa penampilan Mystique yang kelihatan sedikit berbeza, tapi kami masih menggunakan cat yang sama. Tapi dia berbeza di filem ini," ungkap Jennifer. "Dia mempunyai masalah, seperti manusia normal. Dia bermasalah dengan penampilannya dan sering menyamar dalam filem pertama. Tapi kali ini dia lebih bangga sebagai mutan."

Bintang-bintang yang turut bermain di film ini diantaranya Ian McKellen, Patrick Stewart, James McAvoy, Michael Fassbender, Nicholas Hoult, Anna Paquin, Ellen Page, Shawn Ashmore, Peter Dinklage, Omar Sy dan Halle Berry. "X-Men: Days of Future Past" diarahkan pengarah Bryan Singer dan dijadualkan keluaran Mei 2014.

wowkeren


No comments:

Post a Comment