Tempat dinosaur berak berusia 240 juta tahun ditemui

 
Sebuah " tandas" yang menjadi tempat dinosaur membuang najis telah dijumpai dalam penggalian di Argentina .

Ribuan fosil kotoran haiwan yang mirip dengan badak besar pemakan tumbuh - tumbuhan juga ditemui di lokasi yang sama , seperti dijelaskan penyelidik .

Laman yang berusia kira-kira 240 juta tahun ini boleh diibaratkan sebuah " tandas awam" tertua di dunia dan merupakan bukti pertama bahawa haiwan reptilia purba berkongsi tempat untuk membuang najis mereka .

Najis haiwan tersebut juga mengandungi petunjuk mengenai diet pra sejarah , penyakit dan tumbuh - tumbuhan , seperti disampaikan kajian yang dimuatkan dalam Scientific Reports .

Gajah , Kijang bertanduk dan kuda merupakan haiwan moden yang buang air besar di lokasi yang disepakati secara sosial - untuk menandakan wilayah dan mengurangkan penyebaran parasit .

Penemuan lokasi ini memecahkan rekod " tandas tertua " sebelumnya yang berusia 220 juta tahun .

Fosil " kotoran " yang terbesar dengan saiz 40 cm dan berat beberapa kilogram ditemui di pelbagai lokasi di Formasi Chanares di Wilayah La Rioja .

Bentuknya mirip sosej , dan lain berbentuk bujur , dengan warna yang berbeza - beza dari kelabu keputihan sampai coklat tua - ungu tua .

peringatan

" Tidak diragukan lagi siapa pelakunya , " kata Dr Lucas Fiorelli , dari Crilar - Conicet , yang mencari kotoran tersebut .

" Hanya satu spesies yang boleh menghasilkan najis yang besar - dan kami mencari tulang mereka di kawasan tersebut . "

Pelakunya adalah Dinodontosaurus , pemakan tumbuh - tumbuhan yang mempunyai panjang 2.4 meter , mirip dengan badak moden .

Haiwan ini adalah dicynodonts - mamalia besar menyerupai binatang reptilia yang biasa hidup pada tempoh Triassic , ketika dinosaur pertama mulai muncul .

Fakta bahawa mereka berkongsi jamban menunjukkan bahawa mereka hidup berkelompok , yang mempunyai alasan untuk membuang kotoran secara strategik , kata Dr Fiorelli .

" Pertama - tama , tindakan tersebut penting untuk mengelakkan parasit - seperti istilah anda tidak membuang najis di mana anda makan .

" Tetapi ini juga peringatan bagi pemangsa . Jika anda meninggalkan najis yang besar , anda berkata : " Hei ! kami merupakan kumpulan yang besar . Hati - Hati ! "

Pemangsa bagi kumpulan ini adalah Luperosuchus , mirip buaya pemakan daging yang panjangnya mencapai 8 meter .

Sumber: news.detik.com

No comments:

Post a Comment