Ditangkap curi lori, lelaki beri alasan dikejar zombie


Minnesota - Ditangkap kerana mencuri sebuah lori , seorang lelaki di Minnesota , Amerika Syarikat ini mengaku dirinya dikejar zombie .

Lelaki bernama Garrett Hurlbut dari Apple Valley ini mencuri lori pengantar surat khabar tempatan Star Tribune di sebuah stesen minyak tempatan . Saat pemandu lori keluar dari kereta dan mengantarkan akhbar ke dalam , Hurlbut membawa lari lori tersebut .

Menyedari apa yang berlaku , pemandu lori tersebut kemudian melapor polis dan pengejaran dilakukan . Sekitar beberapa kilometer dari stesen minyak tersebut , atau tepatnya di sebuah persimpangan jalan , polis mendapati lori tersebut dalam keadaan berhenti dengan Hurlbut berada di sisinya .

Kepada polis , seperti yang dilaporkan oleh Fox News dan twincities.com , Sabtu ( 30/11/2013 ) , Hurlbut mengaku dirinya dikejar zombie .

Polis kemudian membawa Hurlbut ke hospital setempat kerana dia luka di bahagian kepala . Semasa di hospital, dia memberikan pengakuan yang sama .

" Dia mengaku ketakutan kerana dikejar zombie , " ucap polis tersebut .

Dokumen polis menyebut , Hurlbut dalam pengaruh alkohol saat ditangkap . Hasil pemeriksaan mendapati kadar alkohol sangat tinggi , yakni dua kali ganda daripada had yang dibenarkan .

Lelaki berusia 23 tahun ini belum pernah mempunyai rekod jenayah sebelum ini . Namun akibat tindakannya ini , Hurlbut harus menjalani perbicaraan yang akan bermula bulan depan .

Sumber: news.detik.com

No comments:

Post a Comment