Pelajar perempuan parah selepas terjun dari bangunan sekolah

KUANTAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.

Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian.

"Pelajar terbabit dalam keadaan stabil...polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti,” katanya. - Bernama

Kosmo!

1 comment: