Hebat! Seorang lelaki tarik 3 kereta dengan gigi

SUYITNO menarik tiga buah kereta jenis Toyota Avanza dalam satu pertandingan di daerah Jombang, Jawa Timur, baru-baru ini. - AGENSI

Apa yang lebih mengejutkan, Suyitno mampu menarik kereta-kereta tersebut sejauh 100 meter dengan hanya menggunakan gigi.

Dalam pertandingan yang diadakan sempena Hari Kemerdekaan Indonesia ke-68 baru-baru ini, terdapat ramai peserta lain yang cuba menariknya, tetapi hanya Suyitno yang mampu melakukannya.

Suyitno menegaskan dia tidak menggunakan sebarang mentera atau jampi untuk menarik ketiga-tiga kereta jenis Toyota Avanza itu.

Katanya, kemampuannya menarik kereta-kereta itu adalah disebabkan dia merupakan seorang ahli seni budaya tarian tradisional reog.

"Saya selalu membawa reog dengan cara menggigit sama ada ketika latihan atau mengadakan persembahan.

"Mungkin disebabkan itu, saya mampu menarik kereta-kereta tersebut," katanya kepada beritajatim.com. - AGENSI

Utusan Malaysia


1 comment: