Bayi usia setahun maut ditembak di kepala

Antiq Hennis

New York: Seorang bayi berusia setahun maut selepas ditembak di kepala di bandar raya ini.

Polis berkata, Antiq Hennis ditolak ibu dan bapanya dalam kereta sorong bayi ketika mereka melintas jalan di kejiranan Brownsville, Brooklyn kira-kira jam 7.20 petang ketika kejadian yang menyaksikan beberapa das tembakan dilepaskan. 

Pihak berkuasa berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Brookdale dengan kecederaan di pipi kiri tetapi gagal diselamatkan. Dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.


Polis belum membuat sebarang tangkapan dan tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kes itu. - AP

MyMetro

4 comments: