Bekas suami minta Jennifer Lopez bayar USD3,75 juta agar video seksnya tidak dijual

Foto: harpersbazaar.com
Hubungan Jennifer Lopez dengan bekas suaminya, ojani Noa, nampaknya akan semakin memburuk. Ketika ini, keduanya tengah berseteru berkaitan video sks J.Lo yang diancam akan disebarkan ojani dan rakan-rakannya. Ojani beserta kedua rakan perniagaannya menuntut pelantun hits "Live It Up" itu wang bernilai USD 3,75 juta.

Jika J.Lo tak mahu membayar wang seperti yang mereka minta, maka video itu akan dijual ke beberapa website porno. Video tersebut merupakan rakaman adegan intim J.Lo dan ojani semasa mereka berbulan madu. Ojani merupakan suami pertama artis berusia 43 tahun itu yang dia nikahi pada 1997 dan bertahan selama 11 bulan.

"Ojani Noa dan aku tak mahu menerima tawaran mereka," ujar Ed Meyer, partner perniagaan ojani. "Apa yang ditawarkan oleh peguam Jennifer Lopez sangat tidak masuk akal. Harga yang kami minta USD 3,75 juta."

Sementara itu rakan ojani lain, Claudia Vazquez, juga tengah bertarung dengan J.Lo di mahkamah untuk merebut hak video tersebut. Beberapa waktu lalu, Ed sempat mengungkapkan sejumlah website porno telah menghantar tawaran padanya.

"Ada 15-20 minit adegan telanjang diantara video-video itu dari 27 jam rakamannya," ujar Ed. "Aku sudah mendapat email dari Pornhub, YouPorn, Pulse Distribution, Red Light District dan Kevin Blatt yang pernah menyebarkan video seks Paris Hilton. Jika tawaran mereka lebih baik, kami akan menrimanya."

Perseteruan diantara J.Lo dan bekas suaminya ini bermula ketika kekasih Casper Smart itu memecat ojani dari restoran miliknya. Setelah itu ojani berniat membuat filem biopik tentang Noa dan tak sengaja mencari video tersebut di garaj.

"Semasa Jennifer Lopez berkahwin dengan suami keduanya, dia memberikan semua barang yang ada di garaj untuknya," ujar Ed. "Kerana itulah kami boleh mempunyai semua video yang dibuat oleh ojani tersebut dan di video itu Jennifer memberikan izin pada ojani untuk mengambil gambarnya."

Hingga saat ini pihak J.Lo masih belum mahu memberikan komen tentang perkembangan kes ini.

2 comments: