Vocalis KISS diejek kerana punyai satu telinga


Paul Stanley mengaku lega setelah menceritakan pengalaman pahit masa kecilnya yang sering jadi bahan ejekan rakan-rakannya. Pemain gitar dan vokalis band rock, KISS ini sering diejek kerana hanya punya satu telinga normal.

Stanley sebenarnya punya dua daun telinga, namun hanya satu yang berfungsi normal. Akibat kelainnya itu, Stanley sering dipanggil 'raksasa' oleh rakan-rakannya.

"Masa kecilku sangat tidak bahagia dan tidak gembira. Anak kecil yang lain menyebut saya monster dan itu mengerikan. Ketika masa kanak-kanakmu begitu menyakitkan, lalu anda pasti menyembunyikan diri. Tapi masalahnyua, anda boleh mempunyai rahsia orang lain, tapi tidak dari diri anda sendiri , "ujar Stanley seperti dipetik dari Femalefirst, Isnin (25/8/2014).

Siapa sangka, orang yang tidak punya pendengaran normal ternyata nantinya dikenali sebagai pemuzik legenda. Stanley merasa lega setelah menceritakan pengalaman pahitnya di masa kecil itu.

"Tidak ada yang lebih membebaskan daripada menyingkirkan rahsia anda dan mula bicara tentang itu. Kekuatan muncul ketika anda membuka diri dan menunjukkan siapa diri anda sebenarnya, segala-galanya merupakan ilusi," jelasnya.


Sumber: celebrity.okezone.com

2 comments: