Foto Harimau Kelaparan di China Tuai Kecaman

Foto: News 163

Sebuah foto seekor harimau yang keadaan fizikalnya kelihatan sangat membimbangkan beredar di dunia maya. Hal ini mendapat kecaman dari para pecinta haiwan.

Foto menyedihkan ini disebar ke Weibo oleh akaun Q_Fiona. Akaun ini mendakwa foto tersebut dirakam di Zoo Tianjin di China.

Seperti diberitakan Stomp, Isnin (4/8/2014), dalam foto yang beredar di laman jejaring sosial yang terkenal di China itu menunjukkan seekor harimau betina kelihatan sangat kurus dan terkulai lemah di dalam kandangnya. Keadaan harimau malang itu sangat membimbangkan seperti kekurangan pengambilan makanan.

Ketua Zoo Tianjing mengatakan bahawa keadaan harimau dalam gambar itu tidak ada hubungannya dengan persoalan kurangnya makanan dan penganiayaan di zoo.

Sebaliknya, pihak zoo mendakwa harimau betina dewasa didiagnosis mengalami gangguan pencernaan pada 2011 dan keadaannya telah menjadi lebih buruk kerana faktor usia. - okezone.com

No comments:

Post a Comment