SEJAK model jelita ini memilih untuk memeluk agama Islam Ramadan lalu, dia cukup menjaga batas-batas sebagai Muslimah.
Malah, pertuturan, pergaulan dan penampilannya juga dilihat mengikut apa yang dituntut syariat Islam.
Dia juga cukup berhati-hati apabila berhadapan dengan peminat, masyarakat mahupun media.
Untuk mendengarnya meninggikan suara amatlah mustahil inikan pula marah atau melenting tanpa asal usul.
Kerana itu, panas seketika dunia seni tempatan apabila empunya nama Raisyyah Rania Yeap atau lebih dikenali sebagai Felixia Yeap ini meluahkan perasaan marah di laman sosial Instagram dan Facebook miliknya rentetan artikel berkaitan dirinya yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian).
Menerusi Email, Zass telah mendapatkan respons daripadanya berkenaan perkara tersebut.
Menurutnya, dia terkejut kerana apa yang dipaparkan di akhbar itu tanpa pengetahuan daripadanya.
"Tajuknya “Tolonglah jaga maruah!” itu agak kasar, dan kedengaran seperti angkuh. Saya tidak pernah berniat untuk marah sesiapa dengan nada sebegitu, sebab saya pun pernah lalui semua itu, walaupun tidak berbuat demikian di tengah jalan raya dan trafik.
"Saya faham dan sebab itulah saya beri pendapat saya supaya ia tidak menjadi ikutan model-model lain," kata teraju utama telefilem Nikah Kita Bercinta ini.
Bagaimanapun, baginya yang mesra disapa Rania, tajuk yang ditulis itu bernada amat lain daripada apa yang dituliskan di Facebook miliknya.
"Saya hanya ikhlas menyeru orang ramai untuk berpakaian lebih sopan di tempat awam dan jika perlu untuk berpakaian sedemikian atas sebab kerja atau rezeki (seperti model tersebut).
"Maka ia sepatutnya dilakukan di tempat yang tertutup atau tempat yang sesuai seperti pantai yang tidak ramai orang," katanya.
Ujarnya, artikel yang menyatakan dia bekas model juga tidak tepat kerana dia kini masih meneruskan kariernya itu.
"Saya juga masih seorang model, cuma bezanya saya kini model dengan pakaian yang menutup aurat sahaja.
"Sebagai seorang model, kita akan dilihat orang ramai, maka saya juga berharap model juga dapat menjadi contoh yang baik kepada gadis-gadis lain dari segi pemakaian," jelas pelakon berusia 28 tahun ini.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment