Pemain ini cetak 21 gol dalam satu perlawanan bola sepak

 
Pemain bernama Yanick Djouzi Manzizila itu menjaringkan 21 gol semasa pasukannya, Congo United FC, ​​menghadapi Balrog Botkyrka Sodertaelje, hujung minggu lalu. Dalam perlawanan di bahagian tujuh Liga Sweden itu, Congo United menewaskan Balrog 30-0.

Congo United mendapat kelebihan kerana lawan mereka mendapatkan tiga kad merah. Melawan lapan pemain tentu menjadi perlawanan yang mudah untuk Congo United. Walaupun begitu, 21 gol yang dijaring Manzizila tetap merupakan sesuatu yang luar biasa.

Manzizila  mencatatkan diri sebagai pemegang rekod baru sebagai penjaring terbanyak dalam satu perlawanan rasmi di Sweden. Pemain 25 tahun itu menumbangkan rekod sebelumnya iaitu 18 gol, yang dilakukan pada 1954.

"Aku sudah pernah mencetak 12 gol melawan Balrog dalam perlawanan sebelumnya," kata Manzizila mengenai pencapaiannya. "Jadi, aku tahu aku punya kesempatan untuk mencetak banyak gol dalam perlawanan tadi."

Namun, kemenangan besar Congo United tersebut tidak disahkan kerana Balrog memilih mengundurkan diri dari pertandingan kerana mental mereka jatuh menjunam. Meskipun begitu, Liga Sweden tetap mengakui rekod yang dibuat Manzizila.

Sumber: wowkeren.com

No comments:

Post a Comment