Wanita berlari bogel tengah bandar demi dapatkan wang untuk pengajian


Seorang wanita melakukan aksi nekad dengan berlari bogel di jalan yang sibuk di bandar Amsterdam, Belanda.

Dalam aksi tersebut, wanita bernama Sabine itu berharap bantuan orang ramai yang berada di kawasan tersebut memberikannya wang, atau aksinya itu boleh mengundang pihak untuk membantunya membiayai pengajiannya. Aksi berani Sabine ini telah menghebohkan dunia maya.


Seperti dilaporkan Mirror, Jumaat (29/8/20014), video yang dimuat naik ke You Tube itu memperlihatkan Sabine ditemuramah hanya memakai kemeja biru yang panjang. Selepas itu dia membuka bajunya dan terus berlari di depan orang ramai di pusat bandar Amsterdam.

Video tersebut diakhiri dengan Sabine melakukan Ice Bucket Challenge.

1 comment: