Ratu cantik songlap

 
Yangon, Myanmar: Seorang ratu cantik Myanmar yang digugurkan gelarannya kerana didakwa biadab serta menipu semalam dilaporkan menghilang bersama tiara bernilai antara AS$100,000 (RM315,200) dan AS$200,000 (RM630,400).

May Myat Noe dimahkotakan sebagai Ratu Dunia Asia Pasifik di Seoul, Korea Selatan pada Mei lalu.


Namun, pengarah media penganjur berpangkalan di Seoul, David Kim berkata, ratu cantik berusia 18 tahun itu memang mengecewakan sejak awal.

Kata Kim, selepas memenangi gelaran itu penganjur mengatur perjanjian nyanyian dan video untuk May.


“Kami mahu ubah penampilan dia supaya lebih jelita,” katanya.


Justeru, tidak lama kemudian penganjur menghantar May yang memiliki ketinggian 1.7 meter itu ke sebuah hospital untuk menjalani pembedahan buah dada.


Ketika itulah, kata Kim, masalah bermula.


“May membawa ibunya ke Seoul dan lawatan asal mereka selama 10 hari menjadi tiga bulan dengan penganjur menanggung kos tambahan,” katanya.

Penganjur juga menanggung kerugian apabila tiket penerbangan pulangnya hangus begitu saja apabila May tidak muncul seperti sepatutnya.


Sumber pula melaporkan May pulang ke Yangon menaiki pesawat lebih awal daripada diurus penganjur.


May dimaklumkan mengenai penarikan balik gelarannya awal minggu ini dan diarah menyerahkan mahkota dimenanginya.


Kata Kim, semua orang tahu May bukan lagi ratu selepas penganjur membatalkan kemenangannya. - AP

Sumber: myMetro

1 comment: