Remaja perempuan Palestin ini terkenal di Twitter

 
Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun menjadi terkenal dalam laman media sosial, Twitter selepas dia mencapai sejumlah 166,000 pengikut berikutan mesej tweetnya yang menceritakan keadaan kronik di Gaza dan kesengsaraan yang ditanggungnya akibat serangan tentera Israel.

Farah Baker yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi tinggal berhampiran Hospital Shifa, membolehkan dia memberi gambaran sebenar tentang perang yang me-landa wilayah Palestin berkenaan.

Menerusi nama Twitter, @Farah_Gazan, dia juga sering merekod video bagi menunjukkan keadaan huru-hara akibat serangan tentera Zionis secara sepintas lalu.

"Saya cuba untuk memberitahu kepada dunia tentang perasaan saya dan apa yang sedang berlaku di tempat saya.

"Saya tidak menjangka akan menerima ramai pengikut. Saya cuma mempunyai sebilangan kecil rakan dalam laman web itu, dan jumlah pengikut semakin bertambah," katanya.

Farah berkata, dia juga ingin orang lain merasai pengalamannya berada di Gaza dan diserang oleh tentera Israel menerusi tweetnya.

"Saya rasa hanya dengan cara ini saya dapat membantu Gaza. Kadang-kala saya menangis kerana terlalu takut ketika menulis tweet, tetapi saya tidak akan berhenti," katanya.

Farah mengimpikan untuk menjadi seorang peguam dan berharap cita-citanya itu akan tercapai untuk membela penduduk Gaza yang tersepit ekoran penindasan Israel. - REUTERS

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment