Keadaan kecoh seketika apabila sebuah kereta Toyota Vios berpusing beberapa kali di tengah-tengah lampu isyarat Wisma Darul Iman, pagi semalam.
KUALA TERENGGANU - Keadaan menjadi kecoh seketika apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios telah berpusing beberapa kali di tengah-tengah lampu isyarat Wisma Darul Iman, pagi semalam.
Sebelum itu, kereta tersebut yang dipandu seorang pemuda berusia 23 tahun, terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kereta Suzuki Swift yang dipandu seorang wanita berusia 27 tahun di hadapan Hotel Grand Continental, di sini, kira-kira jam 8.50 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berkenaan yang baru sampai dari Johor, telah tersalah jalan lalu bertembung dengan kereta Suzuki Swift berkenaan.
Lelaki tersebut bagaimanapun terus berlalu dari tempat kejadian dan apabila sampai di lampu isyarat Wisma Darul Iman, pemandu terbabit kelihatan memandu kenderaannya berpusing pusing di tengah-tengah lampu isyarat tersebut, tanpa menghiraukan pengguna kenderaan yang lain.
“Setelah seketika berkeadaan begitu, pemandu berkenaan terus memandu ke arah Jalan Sultan Omar dengan keadaan keretanya rosak di bahagian hadapan.
“Semua pemegang ‘call sign’ trafik dan MPV yang bertugas kemudiannya telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan. Pemandu terbabit kemudiannya berjaya ditahan di Jalan Sultan Ismail oleh anggota MPV dengan bantuan orang awam dan dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, polis telah membuat pemeriksaan lanjut terhadap pemandu tersebut dan pemeriksaan dadah yang dilakukan terhadapnya menunjukkan hasil negatif.
Hasil siasatan ke atas pemandu berkenaan mendapati, dia berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Abang pemandu berkenaan memaklumkan adiknya itu mengalami masalah tekanan akibat dibuang kerja di Johor Bahru dan baru sampai dari Johor.
“Sekarang pemandu berkenaan masih dalam keadaan tidak stabil dan tidak dapat buat laporan bagaimana kemalangan berlaku. Abangnya telah membawanya balik bagi menenangkannya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment