Idris menunjukkan serpihan konkrit pintu pagar rumahnya yang bertaburan akibat dipanah petir dalam kejadian malam kelmarin.
PASIR PUTEH - Empat keluarga di Kampung Surau, di sini, diselubungi ketakutan apabila rumah mereka bergegar akibat panahan petir dalam kejadian pada jam 8 malam, kelmarin.
Penduduk, Idris Ismail, 43 berkata, dia terkejut mendengar dentuman kuat umpama ledakan bom ketika berada dalam rumah bersama isteri, Naziha Yaakob, 40 dan anak-anaknya.
"Ada cahaya terang-benderang di luar rumah dan saya lihat pucuk pokok kelapa di hadapan rumah saya menyala manakala tanah berasap. Selepas keadaan reda, baru saya keluar untuk melihat kesannya.
"Saya lihat bahagian atas pagar konkrit rumah saya berkecai disambar petir dan kejadian itu juga membentuk satu lopak tidak jauh dari pokok kelapa. Saya percaya di situlah tempat panahan petir berakhir," katanya.
Menurutnya, sambaran petir turut mengenai rumah di sekitar menyebabkan barangan elektrik seperti televisyen dan peti sejuk di rumah empat keluarga terbabit rosak.
Katanya, bagaimanapun dia bersyukur kerana dirinya, isteri dan lima anaknya berusia 5 hingga 19 tahun selamat walaupun anak bongsunya menangis ketakutan.
Sementara itu, jirannya, Zaidi Mat Din, 46 berkata, dentuman kuat itu mengejutkan semua keluarga terlibat kerana ketika itu hujan renyai-renyai dan tidak ada tanda ribut akan melanda.
Tambahnya, dari dalam rumah dia dapat melihat api sebesar lori menjunam ke tanah selepas menyambar pokok kelapa bersama gegaran yang cukup menakutkan.
"Ketika itu saya bersama keluarga sedang berehat di ruang tamu dan kami terdiam kerana kejadian itu. Tidak berani untuk bergerak. Apabila keadaan reda, saya menyedari beberapa palam elektrik di rumah saya hangus dan peralatan elektrik musnah.
"Saya keluar rumah untuk melihat kesan kejadian dan mendapati cermin kereta saya yang diletak di hadapan rumah pecah. Ini adalah pengalaman pertama saya berada hampir dengan panahan petir," katanya. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment