Foto yang dimuat di akhbar tempatan Australia, Isnin (11/8/2014), memperlihatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, yang diyakini adalah anak Khaled Sharrouf, seorang warga Australia yang mendakwa diri sebagai pejuang Islam di Timur Tengah, tengah memegang kepala mangsa yang dipenggal disebutkan sebagai tentera Syria.
Foto mengerikan itu berasal dari akaun Twitter milik Khaled. Di bawah foto itu terdapat caption "Inilah anak saya". Anak Sharrouf tersebut selama ini tinggal dan dibesarkan di Sydney.
Kalangan komuniti Muslim Australia mengecam perbuatan tersebut. Menurut Ketua Persatuan Muslim Lubnan Samier Dandan, pihaknya sangat terganggu dengan gambar tersebut. "Kami tidak mahu terkait dengan hal ini. Itu jelas-jelas adalah perbuatan orang gila," kata Dandan.
Menteri Pertahanan Australia David Johnston menyatakan, gambar kanak-kanak memegang kepala terpenggal ini merupakan "Penggambaran keliru tentang Islam".
"Saya kecewa kerana hal-hal seperti ini turut mewarnai pandangan kita tentang kaum Muslim. Saya percaya siapa pun yang memahami kaum Muslimin, mereka sangat mencintai keamanan," kata Menteri Johnston.
Polis New South Wales bulan lalu mengeluarkan perintah penangkapan atas Sharrouf setelah dia mem-posting gambar rakannya bernama Mohamed Elomar, juga asal Sydney, yang memegang kepala terpenggal yang didakwa sebagai tentera Syria.
Perdana Menteri Tony Abbott kepada ABC berkata, kini semakin jelas betapa barbarnya perbuatan ISIS.

Sumber: kompas.com
No comments:
Post a Comment