Kemaluan lelaki Ghana dipatuk ular ketika hendak buang air

Gambar hiasan. Foto: Orange

SHANTI - Seorang lelaki asal Ghana dikejarkan ke hospital setelah seekor ular berwarna hitam menggigit kemaluannya ketika hendak buang air.

Kejadian mengejutkan itu bermula ketika Kwabena Nkrumah sedang duduk di tandas awam di bandar Ashanti Region, Ghana, tiba-tiba ular hitam yang telah lama bersembunyi di tandas itu menggigit kemaluannya.

Selepas di gigit, Nkrumah hampir pengsan ketika melihat ular itu akan menyerangnya lagi untuk yang kedua kalinya. Namun, jeritan lelaki berusia 34 tahun ini membuat semua orang di luar tandas awam itu menghampiri dan menolongnya.

Seperti yang dilaporkan oleh Metro, Khamis (12/12/2013), Nkrumah dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan atas lukanya.

Tidak diketahui keadaan dari Nkrumah usai menjalani rawatan. Sementara ular tersebut tidak diketahui keberadaannya setelah menyerang Nkrumah.

Sumber; international.okezone.com

1 comment: