Video Kerbau mengamuk Di Tengah Bandar Di China


SICHUAN: Seekor kerbau sesat telah menggemparkan penduduk sebuah bandar di Sichuan, China, apabila kerbau tersebut telah mengamuk dan mengejar orang ramai dan mencederakan 14 orang awam yang lalu lalang di situ.

kerbau tersebut telah lari berkeliaran di sekitar bandar itu menyebakan orang ramai panik dan terus melaporkan kepada pihak polis.

Pihak polis telah bergegas datang dan telah menembak mati kerbau yang tengah berang itu. 10 das tembakan dilepaskan sehingga kerbau itu rebah.

Menurut cerita seorang penduduk yang juga mangsa amukan kerbau tersebut, Laing Cuirong, dia telahh dikerja haiwan terebut ketika sedang menunggang basikal mengakibatkan beliau mengalami kecederaan

“Kerbau itu telah mengejar basikal saya kerana mungkin kerana bisakal saya berwarna merah dan keadaan ini amat menakutkan,’’ katanya kepada wartawan Dailymail.

Sehingga sekrang tidak diketahui siapa pemilik kerbau tersebut dan bagaiamana ia  boleh sampai kesitu.

Berikut aksi kerbau itu yang berjaya dirakan camera tertutup CCTV




Sumber: SiakapKeli

No comments:

Post a Comment