Tengkorak misteri ditemui di Marikh

Sebuah objek yang menyerupai tengkorak manusia terlihat dalam foto milik NASA di planet Marikh - Huffingtonpost/NASA

Foto milik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) di planet Marikh kembali menghebohkan dunia maya. Setelah sebelumnya muncul foto yang didakwa sebagai tulang paha, kini muncul satu benda yang menyerupai tengkorak manusia.

Penampakan 'tengkorak' di Marikh diambil dengan menggunakan kamera kenderaan rover NASA bernama Spirit.

UFO Sightings Daily mendakwa 80 peratus tengkorak di foto tersebut adalah benar. Tengkorak itu disebut 15 hingga 20 peratus lebih panjang daripada tengkorak manusia pada umumnya. Dianggarkan makhluk dengan tulang tengkorak seperti itu mempunyai tinggi badan antara 9 hingga 10 kaki atau setara 3 meter.

"Ini jelas mengesahkan makhluk gergasi menyerupai manusia pernah menghuni Marikh," tulis nota dalam laman UFO Sighting Daily, seperti dikutip Huffingtonpost.com, baru-baru ini.

NASA kehilangan komunikasi dengan Spirit pada Mac 2010. Spirit melakukan ekspedisi di Marikh selama enam tahun.

Sejumlah foto kontrotversial NASA di Marikh menggegarkan dunia maya dari masa ke masa. Namun hampir semua foto tersebut terbukti palsu, dan sebahagian besar 'penglihatan' disebut hanya sebagai batu atau fenomena alam.


Sumber dari metrotvnews.com

No comments:

Post a Comment