Boss Blackberry malu gara-gara isteri lebih gemar Samsung

John Chen semasa melancarkan BlackBerry Passport. ©REUTERS/Aaron Harris

Ketika suami tengah mengembangkan sebuah perniagaan, dirinya tentu mengharap sokongan dari isteri. Malangnya hal ini tidak berlaku di rumah tangga bos BlackBerry.

Ketika menerima tanggung jawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari BlackBerry menggantikan Thorsten Heins, John Chen berhadapan dengan cabaran luar biasa, iaitu mengembalikan minat pelanggan kepada telefon pintar BlackBerry. Chen segera menghasilkan beberapa telefon pintar seperti BlackBerry Passport.

Ironinya, orang terdekat dari Chen, iaitu isterinya sendiri telah menolak untuk menggunakan BlackBerry Passport. Isteri Chen sudah jatuh cinta kepada telefon pintar buatan pesaing utama Blackberry iaitu Samsung.

"Akhirnya saya berkata padanya, dia (isteri Chen) harus menggunakan BlackBerry," ujar Chen yang tengah bersiap melakukan pelancaran telefon pintar terbarunya bulan depan, BlackBerry Classic, pada Financial Times.

"Tidak, saya lebih menyukai Samsung," isterinya menjawab. Hal ini membuat Chen kecewa dan berkata, "Kau sudah memalukan aku."

Sama ada isteri Chen mahu menuruti kata-kata suaminya atau tidak, hal tersebut tidak akan menghentikan Chen untuk terus mengembalikan era kejayaan telefon pintar BlackBerry yang telah  dirampas oleh Android. Selain itu Chen pernah mengatakan dirinya adalah penyelamat BlackBerry.

Kini BlackBerry melupakan sejenak perang melawan Samsung di segmen telefon pintar kelas menengah dan murah. BlackBerry mulai fokus kepada telefon pintar premium yang ditujukan untuk pengguna dari kalangan perniagaan yang terbukti mula menunjukkan hasil positif


Sumber dari www.merdeka.com

No comments:

Post a Comment