'Saya Dengar Nafas Terakhir Osama' - O'Neill


"SAYA dengar hembusan nafas terakhir Osama bin Laden sebelum mati," kata Rob O'Neill, bekas anggota tentera elit Amerika Syarikat (AS) ketika ditemubual saluran televisyen negara itu baru-baru ini.

O'Neill merupakan salah seorang daripada anggota tentera elit AS yang terlibat dalam operasi menggempur dan membunuh pemimpin Al Qaeda, Osama di Abbottobad, Pakistan pada 2011.

Ketika ditanya berapa das tembakan telah dilepaskan terhadap Osama, O'Neill, 38, menjawab," Tiga kali di muka."

Menurutnya, selepas melepaskan tembakan, dia berdiri hanya dua kaki (60 sentimeter) di tepi mayat Osama sambil menyaksikan Presiden AS, Barack Obama mengumumkan kematian individu paling dikehendaki oleh barat itu.

"Saya dengar dia (Obama) berkata Osama bin Laden, dan saya lihat Osama dan berkata dalam hati 'saya pun tidak tahu bagaimana boleh datang ke sini'," jelasnya.

O'Neill bersama pasukan elit AS, SEAL 6 memasuki kawasan kediaman Osama menerusi bumbung selepas turun dari helikopter.

Mereka kemudian menggeledah rumah berkenaan dan menemui Osama di salah sebuah bilik sebelum menembaknya hingga mati.

Kumpulan itu kemudian meninggalkan rumah berkenaan selepas mengambil komputer riba dan beberapa dokumen penting.



Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment