Penyamun bodoh larikan komputer yang disangka peti besi


Abu Dhabi: Polis di bandar Al Ain menahan tiga lelaki Bangladesh yang digelar ‘penyamun bodoh’ kerana mencuri komputer yang disangka peti besi di sebuah bank selepas menyamar sebagai wanita.

Ketua polis Al Ain Brigadier Hamad Ajlan Al Amimi berkata, tiga lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Habib, 31, Mohammed M, 31, dan Mohammed G, 34, ditahan hampir 10 jam selepas memasuki bank itu dengan memakai abaya serta niqab.

“Tiga lelaki bodoh itu mencuri komputer yang mengandungi nama semua pelanggan bank semata-mata kerana menyangka ia peti besi. Akibatnya, mereka menunggu masa untuk dibicarakan,” katanya.

Menurutnya, selepas berjaya mengalihkan perhatian pekerja bank, tiga lelaki itu melarikan diri dengan komputer yang disangka peti besi berisi wang. - Agensi


Sumber: myMetro

No comments:

Post a Comment