NASA temui gunung dengan ketinggian 3 kali Gunung Everest

 Peta asteroid Vesta. ©2014 NASA

Gunung tertinggi di bumi adalah Gunung Everest dengan ketinggian 8,840 meter atau 8 kilometer lebih. Lalu, apakah anda percaya ada sebuah gunung dengan puncak yang mempunyai tinggi tiga kali dari Gunung Everest?

NASA baru saja menemui sebuah gunung yang berpotensi menjadi yang tertinggi di sistem suria menggunakan satelit bernama Dawn. Tetapi, gunung tersebut tidak terletak di bumi melainkan di sebuah asteroid gergasi yang kini berada di lingkaran asteroid sekitar planet Jupiter.

Asteroid bernama Vesta itu menjadi objek kajian utama NASA dan satelit Dawn sejak tahun 2011 hingga 2012. Ketika mula memetakan permukaan Vesta berdasarkan data dari satelit Dawn, NASA menemui sebuah gunung dengan puncak setinggi 22 kilometer yang terletak di kutub selatan asteroid Vesta.


Peta buatan David A. Williams dan pasukannya itu akan dipaparkan secara terperinci di Jurnal Icarus yang terbit pada bulan Disember 2014 nanti. Untuk menyelesaikan peta asteroid Vesta, saintis NASA dari Universiti Arizona itu mengaku menghabiskan masa lebih dari 2 tahun.

"Peta geologi dari asteroid Vesta memakan masa dua setengah tahun untuk diselesaikan" ujar Williams.

Melalui peta itu juga, Williams dan pasukannya menemui bekas-bekas hentaman meteor yang jatuh di permukaan Vesta. Akibat serangan meteor itu, banyak dijumpai kawah gergasi di asteroid dengan diameter 525 kilometer itu.

Seperti asteroid lain yang tengah berputar-putar di sistem suria kita, Vesta menjadi salah satu asteroid terbesar yang sesuai untuk diteliti sejarahnya agar saintis boleh melihat gambaran pembentukan alam semesta. Selain itu, asteroid juga dianggap mempunyai zat-zat yang diperlukan oleh saintis untuk mengetahui bagaimana kehidupan di bumi bermula lapor Daily Mail (25/11/2014).

Asteroid Vesta sendiri ditemui pada tarikh 29 Mac 1807 oleh ahli astronomi bernama Heinrich Wilhelm Olbers. Nama Vesta diambil dari nama dewi 'rumah dan hati' dari mitos Yunani.



Sumber dari merdeka.com

1 comment:

  1. kalau ada gunung 3 kali ganda daripada everest kat dunia, memang kena cipta kapal terbang penumpang yang boleh terbang tinggi dari itu, sebab, kapal terbang penumpang sekarang pun, paling tinggi terbang 10,000 meter lebih je!

    ReplyDelete