Bahayakah menahan kentut?...

Selama ni, ramai yang beranggapan bahawa menahan kentut boleh mendatang kemudaratan pada diri. Sebenarnya, manahan kentut tidak merbahaya malah tindakkan ini ada la elok untuk kesihatan. Yang bahayanya adalah kita menahan diri dari kencing dan buang air besar.

Bahayakah menahan kentut? Hal ini ada diulaskan oleh Dr.Zubaidi. Jom kita baca ulasan kenapa menahan kentut tidak bahaya.

 Ramai yang menyangkakan menahan kentut sangat berbahaya. Ini disebabkan kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida, yang menyebabkan kentut kita berbau.

Namun dalam satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa hidrogen Sulfida boleh mencegah kerosakkan mitokondria.

Mitokondria adalah struktur paling penting dalam sel yang menjana tenaga. Kerosakan mitokondria akibat serangan jangkitan kuman (virus atau bakteria) akan menyebabkan pesakit berasa lemah dan tidak bertenaga.

Oleh itu, para pengkaji sains mencadangkan sebagai satu strategi untuk merawat penyakit seperti stroke, lemah jantung, diabetes, arthritis, demensia, dan melambatkan process penuaan ialah dengan mencegah atau mempercepatkan kerosakkan yang dialami oleh mitokondria. Ini dapat dilakukan dengan menahan kentut supaya gas hidrogen sulfida ada sedikit dalam badan.

Menurut Professor Matt Whiteman dari University of Exeter, ketika sel mengalami stress kerana serangan kuman atau disebabkan oleh satu penyakit, tubuh akan membina satu enzim untuk menghasilkan hidrogen sulfida dengan jumlah yang banyak dari biasa. Ini akan merawat mitokondria yang sedang mengalami kerosakkan dan mempercepatkan kesembuhan mitokondria.

Sementara itu, Dr Mark Wood dari Jabatan Biosains di University Of Exeter mengatakan bahawa, meskipun hidrogen sulfida dikenali sebagai gas berbau busuk boleh menyebabkan perut kembung, gas ini akan terjasil semulajadi dalam badan, dalam kuantiti yang kecil dapat menjadi ubat untuk pelbagai jenis penyakit.

Kesimpulannya, menahan kentut dan membiarkan sedikit gas hidrogen dalam perut tidak berbahaya malah memberikan manfaat.



Sumber: Pen Patah

No comments:

Post a Comment