[Video] Burung kakak tua menjadi vocalis bagi band metal


Seekor burung kakak tua menjadi penyanyi utama bagi sebuah kumpulan death metal, Hatebeak Yang ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Blake Harrison dan Mark Sloan.

Burung kakak tua yang bernama Waldo itu telah mempopular Hatebeak, ramai yang memberi pujian terhadap kumpulan tersebut.

Dalam lagu-lagu yang berjudul "Number of the Beak", "Beak of Putrefaction", dan "The Thing That Should Not Beak", kakaktua jenis Congo African Grey ini memamerkan kemampuannya. Waldo berjaya menirukan beberapa perkataan yang diiringi alunan muzik metal.

Walaupun telah mengeluarkan beberapa single, namun Hatebeak tidak pernah tampil bermain live kerana ia akan membuatkan Waldo tersiksa.

Perjalanan Waldo di dunia muzik metal berakhir pada tahun 2009 apabila kumpulan tersebut dibubarkan.





Sumber dari WowKeren

No comments:

Post a Comment