Gambar mayat Che Guevara ditemui selepas 47 tahun dia dibunuh

Salah satu foto berwarna jasad Ernesto 'Che' Guevara sesaat setelah dibunuh pasukan Bolivia pada 9 Ogos 1967. Foto-foto ini disimpan beberapa dekad sebuah keluarga di Sepanyol.

Seorang lelaki Sepanyol mendedahkan bahawa keluarganya menyimpan gambar yang memaparkan jasad tokoh Revolusi Cuba, Ernesto "Che" Guevara yang mati dibunuh tentera Bolivia.

"Pak Cik saya membawa foto-foto itu semasa dia menghadiri perkahwinan ibu bapa saya pada akhir 1967," kata Imanol Arteaga kepada AFP.

Arteaga mengatakan, bapa saudara Luis cartero pernah menjadi mubaligh di Bolivia di semasa Che cuba mencetuskan revolusi di negara Amerika Latin tersebut.

Arteaga, yang bekerja untuk kerajaan bandar kecil Ricla di Sepanyol, berkata ibu dan ibu saudaranya mendakwa foto-foto itu diperolehi bapa saudaranya dari seorang wartawan Perancis. Selepas bapa saudaranya meninggal dunia, Arteaga kemudian menanyakan foto-foto Che Guevara itu kepada ibu saudaranya.

"Dan ibu saudara saya tanpa ragu langsung mengambil dan memberikan foto itu kepda saya," tambah Arteaga sambil menambah foto-foto itu disimpan di dalam sebuah sampul surat.

Arteaga yakin foto-foto itu diperolehi bapa saudaranya dari wartawan AFP Marc Hutten, yang berjaya mengambil beberapa foto berwarna jasad Guevara sesaat setelah dibunuh tentera Bolivia di desa Vallegrande.

"Dia (Hutten) meminta mubaligh untuk membawa foto-foto itu kerana mereka adalah satu-satunya bangsa Eropah di Bolivia saat itu. Hutten memberikan foto itu jika dia kesulitan keluar dari Bolivia," tambah Arteaga.

Che Guevara ditangkap pasukan Bolivia pada 8 Oktober 1967 dan dibunuh sehari selepas ditangkap. Jasad Guevara dikebumikan di sebuah kubur rahsia bersama enam orang gerila lain dua hari setelah dilaksanakan hukuman itu.



Sumber dari Kompas.com

No comments:

Post a Comment