Perompak bersenjata di Guinea telah merompak sebuah bas dekat bandar Kissidougou. Malangnya, para perompak ini tidak mendapat wang tunai seperti yang diharapkan kerana bas tersebut membawa virus ebola.
Bas tersebut mengangkut sampel darah yang telah dijangkiti virus Ebola yang mematikan. Sampel-sampel tersebut disimpan dalam bekas tertutup dan dikawal oleh empat orang pegawai dari Palang Merah. Bas yang mengandungi sampel darah ini dibawa dari Kankan menuju tempat ujian yang berjarak 265 km di kawasan Gueckedou selatan.
Petugas Palang Merah Guinea yakin bahawa para perompak tersebut tidak mengetahui bahawa bas yang mereka rompak ini mengandungi virus Ebola. Mungkin mereka berfikir ada wang tunai yang tersembunyi dalam bekas di dalam bas tersebut.
Faya Etienne Tolno, salah seorang pegawai Palang Merah, menjelaskan bahawa Palang Merah Guinea tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk mengangkut sampel-sampel darah tersebut. Sehingga mereka terpaksa menggunakan bas biasa untuk membawa sampel darah yang diperlukan untuk ujian menuju Gueckedou selatan.
Dr Barry Mournie ketua rawatan pesakit untuk jawatankuasa koordinasi nasional yang mengurus pesakit dijangkiti virus Ebola mengulas mengenai kejadian ini. "Kami telah diberitahu oleh badan keselamatan. Jika pencuri ini salah menangani, itu akan berbahaya," katanya kepada The Associated Press.
Virus Ebola telah menewaskan lebih dari 5 ribu orang di Liberia, Sierra Leone dan Guinea. Virus ini merebak melalui hubungan dengan cecair badan yang terinveksi termasuk darah, najis dan muntah.

SERAM
ReplyDelete