Tak mahu hamil, gadis Colombia masukkan kentang dalam kemaluan

Para petugas perubatan di bandar Honda, Colombia, menggeleng kepala selepas mereka mengeluarkan sebiji kentang dari kemaluan seorang perempuan.

Perempuan itu memasukkan sebutir kentang ke dalam kemaluannya sebagai alat kontrasepsi. Malangnya, kentang itu tumbuh akar selepas dua minggu berada di dalam tubuhnya.

Kisah ini bermula ketika wanita berusia 22 tahun itu datang dengan keluhan rasa sakit yang amat sangat di bahagian bawah perutnya. Di klinik kesihatan, jururawat Carolina Rojas terkejut apabila melihat akar terjuntai keluar dari kemaluan perempuan tersebut.

"Ibu saya mengatakan, jika saya tak ingin hamil, maka saya perlu memasukkan sebutir kentang ke dalam kemaluan saya, dan saya percaya itu," kata pesakit tersebut.

Carolina berkata, kentang itu sudah dua minggu berada di dalam tubuh pesakit, dan tanpa disedari kentang itu mula menumbuhkan akar. Itulah yang menyebabkan rasa sakit luar biasa.

Carolina berkata, para doktor berjaya mengeluarkan kentang itu tanpa pembedahan. Para doktor berharap, perempuan itu tak mendapat kesan buruk dari pengalaman ini.


Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment