Kediaman rasmi Presiden Indonesia berhantu?

 Zannuba
 
‘Istana sudah dibersih Gus Dur’
 
Jakarta: Dakwaan bahawa Istana Negara 'berhantu' bukan sekadar khayalan, malah ditegaskan oleh anak perempuan bekas bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur sekali lagi semalam.

Zannuba Ariffah Chafsoh Rahman Wahid berkata, Istana Presiden memang menyeramkan dan ada beberapa ruang yang kurang menyenangkan.

"Namun Presiden Jokowi (Jokow Widodo) tidak perlu bimbang kerana semuanya sudah dibersihkan sejak Gus Dur tinggal di situ," katanya kepada media.

Beberapa hari lalu Zannuba-atau lebih dikenali dengan panggilan Yenny-berkata bapanya pernah diganggu makhluk halus ketika mendiami kediaman rasmi Presiden Indonesia itu.

"Pada satu ketika, Gus Dur sedang duduk di atas kerusi yang tiba-tiba bergoyang," katanya.

Gus Dur tidak panik, sebaliknya berkata: "Sudahlah, aku tahu kamu ada. Jangan ganggu aku ya. Kamu di duniamu, saya di dunia saya."

Kata Yenny, Gus Dur kemudian meneruskan kerjanya.

Menurut Yenny, pengalaman itu mendorong keluarganya sering membaca al-Quran ketika tinggal di Istana Presiden.

Walaupun begitu, Yenny mengakui amalan berkenaan tidak mengurangkan 'aktiviti' makhluk halus di situ.

Katanya, pernah sekali pokok beringin di halaman istana tiba-tiba mengeluarkan asap putih ketika mereka sekeluarga membaca al-Quran.

"Kami semua ketakutan, namun bapa langsung tidak takut dan berkata, makhluk halus itu mahu ikut mengaji," katanya.

Selain Yenny, beberapa rakan adiknya juga mengaku pernah melihat kejadian aneh di istana berkenaan.

Sesetengahnya, kata Yenny, turut diganggu.

"Ada yang melihat makhluk bertubuh besar berlari laju pada waktu tengah malam. Ada pula yang berasa tengkuk mereka ditiup ketika tidur," katanya.

Pengalaman itu, kata Yenny, akhirnya beransur-ansur hilang.

Menurutnya, mereka sekeluarga kemudian dinasihati Gus Dur supaya belajar bersikap toleransi, termasuk kepada juga makhluk lain.-Agensi


Sumber: myMetro

No comments:

Post a Comment