Pengguna pengangkutan awam di Dubai akan dihadiahkan emas

 
Warga Dubai yang menggunakan pengangkutan awam akan diberi emas seberat 4 kilogram oleh kerajaan. Hadiah itu merupakan satu dari banyak kejutan yang diagihkan dalam rangka perayaan lima tahun Hari Pengangkutan Awam pada tarikh 1 November akan datang.

BBC edisi minggu lalu menyiarkan langkah ini dibuat oleh Kerajaan UAE melalui Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Jalan (RTA) agar mendorong rakyat menggunakan pengangkutan awam berbanding kereta peribadi.

"Melalui inisiatif Hari Pengangkutan Awam, RTA berusaha mengadakan pelbagai segmen komuniti untuk menghentikan pergantungan terhadap kenderaan peribadi dan beralih ke mod pengangkutan awam di UAE," ungkap Ketua Pegawai Eksekutif RTA, Yousuf Al Ali.

Hadiah emas itu akan diberikan melalui cabutan bertuah dan kejutan lain selama satu minggu penuh. Program ini telah bermula sejak hari Ahad, 26 Oktober 2014. Selain emas, RTA juga menyiapkan hadiah mewah lain. Jumlah hadiah yang diberikan mencapai 1 juta Dirham.

Selain memberikan kejutan, acara Hari Pengangkutan Awam turut dimeriahkan pelbagai pertandingan dan acara, termasuk salah satunya melibatkan pemain bola keranjang iaitu dari Amerika Syarikat yang sudah bersara, Kareem Abdul Jabbar.

Dia akan hadir dalam pertandingan bola keranjang jalanan di stesen kereta api bawah tanah. Jika memenangi pertandingan tersebut, maka warga boleh meraih hadiah bernilai 10 ribu Dirham.

Namun, kerajaan hanya akan memberikan hadiah tersebut kepada mereka yang komited naik pengangkutan awam. Oleh sebab itu, warga diharuskan mempunyai kad perjalanan Dubai untuk ikut dalam pertandingan bola keranjang tersebut. Selain itu, jawatankuasa juga mengadakan kempen derma darah.

Tahap pemilikan kereta di Dubai antara tertinggi di dunia, dengan rata-rata mencapai 2,3 kereta untuk setiap keluarga. Hanya 13 peratus sahaja yang menggunakan pengangkutan awam.

RTA mensasarkan kenaikan sebanyak 30 peratus terhadap penyertaan orang ramai  menggunakan pengangkutan awam. Caranya dengan memberikan potongan harga bagi kadar tambang pengangkutan awam.

Hal ini, merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mengurangkan kadar kesesakan di sana.


Sumber: viva.co.id

3 comments:

  1. Wah.. menarik betullah cara dia buat attract pengguna. Kalau tempat kita buat macam ini ramai yg non-resident yg dpt sebab merekalahyg lebih ramai guna public transport..

    ReplyDelete