Seorang wanita menjerit minta tolong dari dalam kubur sejam selepas dikebumikan

 Seorang wanita yang telah disahkan meninggal dan baru saja dikebumikan sempat memukul-mukul keranda serta menjerit meminta pertolongan dari dalam kubur di Thessaliniki, Greece
.

Polis mengesyaki wanita tersebut dikuburkan hidup-hidup sebelum akhirnya benar-benar mati. Pihak polis segera melakukan siasatan atas hal tersebut.

Sementara itu menurut dua orang pengunjung lain yang berada di lokasi pada masa kejadian, mereka mendengar teriakan minta tolong dari dalam kubur wanita berusia 49 tahun yang diketahui meninggal kerana kanser itu hanya selang satu jam setelah ia dikebumikan.

Mendengar jeritan itu, pekerja perkuburan dan pengunjung segera menggali kembali kubur dan mengeluarkan keranda wanita tersebut. Namun apabila keranda dibuka, wanita itu sudah tak lagi bergerak. Seorang doktor yang dipanggil menyatakan bahawa wanita itu telah meninggal.

Daily Mail pada Jumaat (26/9) melaporkan, wanita itu merupakan ibu dua orang anak  dinyatakan meninggal di sebuah klinik swasta di Thessaloniki. Dia dikebumikan pada hari yang sama.

Seorang doktor yang memeriksa tubuh wanita tersebut, Chrissi Matsikoudi menepis dakwaan bahawa wanita itu dikubur hidup-hidup. Chrissi memberitahu bahawa wanita itu telah meninggal beberapa jam sebelum dikebumikan. Dia juga berkata bahawa tidak mungkin orang yang telah meninggal dunia boleh memukul-mukul keranda dan menjerit.

Sementara itu keluarga wanita yang meninggal itu sedang mempertimbangkan untuk memfailkan aduan terhadap doktor yang merawatnya sebelum meninggal di klinik kanser.

No comments:

Post a Comment