Pelik! Seorang wanita di India tak sedar tertelan kondom

 
Indian Journal of Chest Diseases and Allied Sciences menerbitkan sebuah kes yang jarang berlaku di mana doktor merawat seorang pesakit wanita yang mengadu batuk dan demam berpanjangan di India pada 2004.

Walaupun sudah diberi antibiotik hingga ubat untuk batuk kering selama empat bulan, namun wanita yang ketika itu berusia 27 tahun tersebut tidak juga sembuh.

Kemudian setelah dix-ray barulah didapati di bronkus atau percabangan dari trakea wanita ini ditemui struktur seperti kantung, yang setelah dikeluarkan ia sebenarnya kondom. Dan kondom itu diketahui telah bersarang di tekak si wanita itu selama enam bulan sehingga menyebabkan gangguan pada bronkusnya, dengan munculnya gejala batuk dan demam.

Kondom itu sendiri disyaki tersedut semasa dia melakukan oral seks, itu pun tanpa disedarinya.


Dipetik dari health.detik.com

No comments:

Post a Comment