30 Oktober 1938, berita makhluk asing serang bumi hebohkan Amerika

Orson Welles dan siaran 'War of the Worlds' (The New York Times)

Ahad 30 Oktober 1938, pukul 8.18 malam, orang ramai mendengar saluran radio Columbia Broadcasting System terkejut bila mendengar berita makhluk asing dari Marikh menceroboh Bumi!

"Professor Farrell dari Mount Jenning Observatory mengesan letupan di Planet Marikh," demikian pengumuman yang disampaikan juruhebah radio. Kemudian satu lagi berita, meteor besar didakwa terhempas di sebuah ladang di Grovers Mills, New Jersey.

Kemudian, terdengar laporan dari lokasi kejadian. Ternyata bukan meteor, tapi pesawat dari luar Bumi yang mendarat. Juruhebah yang sedang melaporkan secara langsung menggambarkan makhluk asing dari Marikh keluar dari silinder besar berwarna metalik.


Lalu, penyiar itu mendakwa melihat tubuh si makhluk asing. "Besar seperti beruang, berkilau seperti kulit haiwan yang basah. Namun wajah itu, saudara-saudara ... tak terhingga. Aku harus memaksa diriku untuk tetap menatap mereka: mata itu hitam, berkilat seperti ular. Mulutnya berbentuk seperti huruf V, air liur menitis dari bibir yang kelihatan berdenyut.

Si juruhebah menyebut makhluk asing dari Marikh itu melepaskan tembakan senjata yang mengeluarkan isyarat kepada orang ramai  yang berkerumun di sekitar lokasi. Mangsa-mangsa berjatuhan, termasuk 7,000 pegawai dari National Guardsman. Setelah diserang dengan meriam dan bom, makhluk Marikh itu melepas gas beracun ke tanah.

Kemudian, yang terjadi lebih dahsyat lagi, pesawat berbentuk silinder mendarat di Chicago dan St Louis. Terdengar suara-suara riuh dan bising di skrin belakang. Siaran itu terdengar sangat meyakinkan.


Drama radio

Sebenarnya, The Columbia Broadcasting System mempersembahkan Orson Welles dan Mercury Teater dalam drama radio 'War of the Worlds' karya HG Wells. Ramai orang tidak mendengar kata-kata pembuka yang disampaikan tepat pukul 8.00 malam.

Semua hanya drama. Tapi orang ramai telah panik. Di New Jersey, penduduk  yang ketakutan melarikan diri, menyebabkan kesesakan di jalan raya. Balai polis dikerumuni penduduk yang memohon topeng gas agar mereka selamat dari udara beracun yang dibawa makhluk asing. Ada yang meminta syarikat elektrik mematikan kuasa, supaya makhluk-makhluk Marikh tak melihat cahaya rumah mereka.

Salah seorang perempuan dikhabarkan lari ke sebuah gereja di Indianapolis dan menjerit "New York hancur! Ini akhir dunia! Pulang dan bersedia mati," katanya, seperti dikutip dari History.com.

Orson Welles, lelaki berusia 23 tahun, adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik semua kekacauan itu. Dia adalah pengarah drama yang kelihatan seperti kejadian sebenar itu. Tapi dia sama sekali tidak menyangka ideanya itu bakal mencetuskan panik.

Ketika berita panik itu sampai kepada CBS, Welles kembali bersiaran, mengingatkan kembali pada para pendengar bahawa kisah itu fiksyen belaka. Selain itu ada khabar angin menyebut, drama radio itu menyebabkan berlaku kes bunuh diri.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan menyiasat program tersebut, dan mendapati tidak berlaku perlanggaran peraturan. Namun, sejak itu CBS bersetuju untuk lebih berhati-hati dalam menyiarkan programnya.

Orson Welles bimbang kerjayanya bakal berakhir. Namun, publisiti yang dia dapat membantunya merintis kerjaya di studio Hollywood. Pada 1941, dia mengarah, menulis, menghasilkan, dan berlakon dalam Citizen Kane - filem yang disebut-sebut sebagai yang terbaik yang pernah dibuat di Amerika Syarikat.


Soviet uji bom hidrogen

Selain drama radio yang bikin panik itu, tarikh 30 Oktober juga menjadi momentum peristiwa penting. Pada tahun 1961, Kesatuan Soviet meledakkan 'Tsar Bomb', bom hidrogen berkekuatan 50 megaton - setanding dengan seluruh bom yang meletup pada Perang Dunia II dan dikalikan 10.

'Raja dari segala bom' itu diuji di sekitar Pulau Novaya Zemlya, Laut Artik. Letupan dapat dilihat hingga 1,000 km dari tempat letupan.

Ketinggian 'cendawan' kepulan asap dan api yang dihasilkan oleh bom ini setinggi 64 kilometer, pengionan dari letupan menyebabkan gangguan radio komunikasi selama berjam-jam. Mujur, senjata itu tak sempat digunakan dalam perang.



Sumber: liputan6.com

No comments:

Post a Comment