Lelaki Gagal Dapat Hak Berbogel

Gough hanya gemar memakai topi dan beg sandang besar sahaja, tanpa pakaian.

STRASBOURG (Perancis): Seorang lelaki yang menghabiskan masa tujuh tahun di dalam penjara kerana berbogel di khalayak ramai, kalah dalam tuntutannya mendapatkan hak untuk tidak perlu berpakaian.


Hakim Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang berpangkalan di Strasbourg berkata, Stephen Gough mesti menghormati perasaan orang lain yang tidak bersetuju dengan keinginannya itu.

Gough yang digelar "Perewang Bogel" mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan hak mengenakan hanya topi dan beg sandang besar ketika berada di tempat awam.

Sebelum ini dia pernah disabitkan dengan 30 kesalahan mengganggu ketenteraman awam serta jenayah berkaitan kegemarannya berbogel.

Kata Gough, undang-undang Eropah menghormati kehidupan peribadi rakyatnya, selain mengiktiraf hak kebebasan bersuara.

Dengan undang-undang itu, kata Gough, dia berhak untuk berbogel pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

Namun hakim berpendapat, peruntukan undang-undang itu tidak diguna pakai terhadap kelakuan antisosial berulang.

"Gough mempunyai banyak cara lain untuk menyatakan pendapat," katanya.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment