Seorang wanita maut setelah dipaksa makan tahi lembu

 
Seorang wanita di Desa Sharmiya, India, maut setelah dipaksa oleh keluarganya sendiri makan tahi lembu selepas mendapat arahan dari salah seorang dukun di kawasan tersebut bagi mengubati penyakitnya.

Wanita yang bernama Sheela itu dikhabarkan sudah lama menderita sakit. Pihak keluarga sudah membawanya ke hospital dan pelbagai tempat rawatan namun penyakitnya tidak juga sembuh.

Pihak polis berkata, kerana keluarga mangsa yang miskin dan tak punya wang untuk kos perubatan, mereka rela melakukan jenis rawatan yang sangat berbahaya dan tak masuk akal.

Menurut penjelasan salah seorang sepupunya, mangsa dipaksa memakan najis lembu dan minyak tanah oleh keluarganya sendiri. 
 
Sejak 2 tahun terakhir Sheela juga dipaksa diet dengan cara yang aneh dan sering diseksa kerana tidak melahirkan bayi lelaki seperti apa yang diharapkan, kerana dua anak yang dilahirkanya semuanya perempuan.

No comments:

Post a Comment