Wow, 65 penerjun perempuan pecahkan rekod terjun payung

Foto: Barcroft

PHOENIX - Sekumpulan penerjun perempuan melakukan aksi ekstrimnya dengan lompat dari pesawat pada ketinggian 5.486 meter (m). Aksi yang dilakukan oleh 65 orang penerjun ini memecahkan rekod terjun payung dengan formasi secara menegak.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, isnin (2/12/2013), aksi menakjubkan ini dilakukan di Bandar Phoenix, Amerika Syarikat (AS), pada 30 November 2013. Para penerjun berasal dari pelbagai negara di dunia seperti, AS, Britain, Kanada, Australia, Mexico, Perancis, Norway, Sweden, dan Jerman.

Aksi ini mengalahkan rekod sebelumnya yang dibuat pada 2010. Pada saat itu, terjun payung hanya diikuti 41 penerjun perempuan.

Terjun payung dengan melakukan formasi secara menegak ini dianggap lebih sukar daripada terjun bebas dengan formasi biasa. Seperti diketahui, para penerjun payung ini meluncur dengan kelajuan 170 batu per jam dengan formasi yang menyerupai bintang.

Sumber: international.okezone.com


No comments:

Post a Comment