Liverpool Sedia Perkenal Klopp Sebagai Pengurus Baharu Jumaat Ini

 
JURGEN Klopp dijangka akan bertemu dengan pemilik kelab Liverpool dalam tempoh 24 jam bagi perbincangan terakhir mengenai kontrak sebelum terbang ke United Kingdom sebagai pengurus baharu The Reds.

Klopp dijangka akan diperkenalkan sebagai pengurus baharu Liverpool pada Jumaat ini selepas kelab memecat Brendan Rodgers Ahad lalu.

Namun rakan kepada pengurus berusia 48 tahun itu, Didi Hamann berkata kemungkinan majlis pengenalan itu dipercepatkan.

Hamann percaya inilah masa yang paling sesuai untuk bekas pengurus Borussia Dortmund itu menyebarkan semangat di Merseyside setelah melihat reaksi yang mendatar yang menjejaskan moral pasukan.

"Tempat ini seperti sudah lama 'disimpan' dan kini ia perlu ditinggalkan di satu tempat. Malah pertukaran pengurus ini adalah sesuatu yang logik.

"Harapan serta 'mood' tidak boleh terus jatuh seperti mana yang berlaku di Anfield sekarang, jadi inilah masa yang sesuai untuk dia datang ke sini (Liverpool)," jelas Hamman.

Sementara itu, Klopp bersetuju dengan syarat kontrak tiga tahun dan diberi pilihan untuk sambungan kontrak. Dia akan bertemu dengan Ketua Eksekutif kelab, Ian Ayre serta beberapa lagi ahli lembaga tertinggi kelab bagi membincangkan lebih lanjut perkara-perkara berkaitan.

Pengurus dari Jerman ini sudah membuktikan kelebihannya sebelum ini dengan gelaran Bundesliga dan aksi akhir Liga Juara-Juara.

Klopp turut bersetuju dengan struktur kelab yang sedia ada dan turut memberitahu pemilik kelab bahawa dia sudah melihat barisan pemain keseluruhannya dan tidak akan meminta terlalu banyak muka baharu menjelang jendela perpindahan dibuka Januari ini.

Klopp dijangka tiba di England Khamis ini untuk bertemu dengan pemain-pemain yang tidak terlibat dengan pasukan kebangsaan dan dia akan mendedahkan perancangannya pada Jumaat.

Selain itu, Klopp telah bertemu dengan prinsipal kelab John W Henry bagi menjelaskan misi masa depan, termasuk bersedia untuk melakukan perkara yang sama ketika dia di Dortmund sebelum ini.

Klopp dijangka akan membawa pembantu setianya Zelkjo Buvac and Peter Krawietz namun belum ada keputusan mengenai masa depan Sean O'Driscoll, Gary McAllister dan  Pepijn Lijnders yang dilantik oleh Rodgers awal musim ini.

Pemain legenda kelab, Robbie Fowler yang menjadi duta kelab meluahkan impiannya untuk bekerjasama dengan Klopp.

"Saya mungkin berbohong jika memberitahu saya tidak berminat. Apabila ada pengurus baharu tiba, saya gembira untuk berada dalam senarai staf kelab ini," jelas Fowler yang telah berjaya mendapatkan semua lencana kejurulatihan.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment