Kisah wanita berbaju pengantin di lokasi kemalangan


Sarah Ray, wanita berusia 29 tahun dari Clarksville, Tennessee ini melangsungkan perkahwinannya dengan Paul pada 3 Oktober 2015. Baru satu jam disahkan menjadi suami isteri, Sarah mendapat berita yang cukup mengejutkan, kereta keluarganya mengalami kemalangan.

Dipetik dari laman dailymail.co.uk, Sarah yang bekerja sebagai paramedik itu terus menuju ke lokasi kemalangan dengan berbaju pengantin. Dia mahu memastikan keadaan keluarganya dalam keadaan baik.

Ayah, datuk, dan nenek beliau tidak mengalami kecederaan parah. Kemalangan tersebut berlaku ketika ada sebuah kereta yang menerobos lampu merah dan melanggar kereta keluarga Sarah yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke lokasi resepsi perkahwinan Sarah.

Ibu Sarah sempat mengambil gambar detik-detik Sarah berada di lokasi kemalangan kereta tersebut.


Sarah dan suaminya sama-sama bekerja sebagai paramedik. Menurut ketua daerah Montgomery, Jimmy Edwards, Sarah dikenali sebagai pegawai perubatan profesional. Selain itu, Sarah juga dikenali sebagai orang yang rendah hati dan penyayang.

"Saya tak merasa apa yang kami lakukan ini tindakan heroik. Ini hanyalah hal yang memang sudah seharusnya dilakukan setiap orang," kata Sarah. "Kami sering menuju lokasi kemalangan sebelum ini dengan pakaian seragam biasa. Kemalangan ini berlaku tiba-tiba dan kebetulan saya mengenakan gaun pengantin," tambah Sarah.

3 comments: