[Gambar] Ribuan terperangkap kesesakan di China


BEIJING - CHINA. Jika  kita sering mengeluh kerana terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas terutamanya ketika musim perayaan, mungkin kita perlu berfikir sekali lagi kerana kesesakan luar biasa yang berlaku di China mungkin lebih teruk seperti yang dihadapi di Malaysia.

Beribu-ribu kenderaan terperangkap berjam-jam lamanya di Lebuhraya Beijing-Hong Kong-Macau pada Rabu selepas orang ramai berpusu-pusu pulang ke rumah selepas cuti perayaan sambutan hari kebangsaan, lapor akhbar The People Daily.

Kesesakan yang dilaporkan bermula pada jam 2 petang disebabkan oleh pembinaan pusat pemeriksaan baharu di lebuhraya yang menghubungkan ibu negara dengan Shenzhen, bandar utama di wilayah Guangdong.

Malah, ramai pemandu dilihat meninggalkan kereta masing-masing dan berjalan-jalan di kawasan sekitar untuk menghabiskan masa menanti untuk melepasi kesesakan tersebut.

Memetik agensi Xinhua, lebih 750 juta orang atau separuh penduduk China dianggarkan bercuti untuk sambutan hari kebangsaan negara itu.

Pada Ogos 2010, pengguna jalan raya yang menggunakan lebuhraya G6 Beijing-Tibet terperangkap lebih 100 kilometer akibat kesesakan lalu lintas yang disebabkan kerja pembaikan jalan di lebuh raya berkenaan malah ada pemandu mendakwa  terperangkap lebih lima hari dalam kesesakan tersebut. - Sinar Harian





2 comments: