[Gambar] Suasana di dalam Piramid Giza


Kita mesti selalu melihat gambar salah satu khazanah dunia iaitu piramid dan piramid yang paling terkenal sudah tentu piramid Giza yang terletak di Mesir.

Piramid adalah bangunan lama yang membentuk "landmark" Mesir, hampir semua orang sudah tahu bentuk luarannya. Namun tidak ramai yang tahu apakah yang ada di dalamnya.

Jom kita lihat gambar suasana di dalam Piramid Giza.








Mungkin ramai sudah tahu yang bagunan ini merupakan antara karya teragung manusia yang telah dibina lebih dari 5000 tahun lalu yang membuktikan ilmu arkitektur sudah maju pada zaman dahulu.

Piramid sebenarnya adalah bagunan makam kepada raja-raja mesir atau lebih dikenali dengan nama Firaun. Di makam inilah jasad-jasad Firaun dan isteri-isteri mereka 'dikebumikan' bersama harta yang berupa perhiasan emas, lukisan dan barang-barang kesayangan.

Piramid yang paling terkenal dan besar adalah piramid Giza di Mesir tetapi ia bukanlah piramid yang tertua kerana berdasarkan kajian piramid Sakkara yang terletak dibarat Laut Memphis, ibukota Mesir zaman dahulu yang dibangun pada 2630 SM-2611 SM .

Piramid kedua tertua dibangun pada 2613 SM-2589 SM adalah Piramid Dahshour, terletak kira-kira 7 km selatan Piramid Sakkara. Dibangunkan pada era pemerintahan Firaun Sneferu periode Old Kingdom.

Lagi gambar











Kredit - Siakapkeli.my

2 comments: