Lepas penggal, lelaki jinjing kepala isteri

 Keratan video yang menjadi viral.

PUNE - INDIA . Seorang lelaki di bandar barat India, Pune ditahan selepas menjinjing kepala isterinya yang dipenggalnya di sebatang jalan yang sibuk di sini, kata polis.

Lelaki yang berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Ramu Chavan ditahan oleh polis trafik selepas menerima puluhan aduan yang menyaksikan kejadian itu.

Polis memberitahun BBC, Ramu mengaku bersalah memenggal kepala isterinya namun tidak mendedahkan motif pembunuhan tersebut.

Polis mengesyaki, lelaki yang bekerja sebagai  pengawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan menghidap penyakit mental dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Video lelaki berkenaan berjalan di sekitar bandar dengan menjinjing kepala isterinya tersebar luas di media sosial di India.

Sementara itu, keluarga wanita yang dikenali sebagai Sonubai telah tiba di bandar itu untuk membantu siasatan.



Sumber: Sinar Harian

3 comments: