CHESHIRE - BRITAIN. Gara-gara sering diejek kerana miskin oleh rakannya, seorang remaja perempuan nekad membunuh diri dengan mengambil ubat secara berlebihan.
Ashleigh Bowes, 14, yang menderita anorexia dan tekanan perasaan mendakwa rakan sekolahnya sering mengejeknya kerana ibunya hanya mengambilnya di sekolah dengan motosikal.
Memetik laporan Mirror.uk, Ashleigh dijumpai mati di kediaman keluarganya di Macclesfield, Cheshire semasa cuti musim panas pada 30 Ogos tahun lalu kerana terlebih dos.
Hasil siasatan, Ashleigh turut mengambil video selfie di telefon bimbitnya satu jam sebelum kematiannya malah dia turut membuat carian di internet mengenai akibat pengambilan dos ubat berlebihan.
Siasatan mendedahkan dia turut bertengkar dengan beberapa gadis lain lapan hari sebelum kematiannya.
Malah dalam tulisan diari peribadi milik gadis itu, Ashleigh menyatakan kekecewaan kerana sering diejek kerana miskin.
"Kami miskin, Kami tidak boleh membeli barangan berjenama seperti kamu. Bersyukurlah kerana bernasib baik. Saya dirahmati.
"Ia bukan bahan lawak kerana mengambil ubat untuk anorexia. Setiap kali kamu mengejek, ia menyakitkan. Jaga-jaga dengan pertuturan kamu," tulisnya.
Sumber: Sinar Harian

gitu aja down
ReplyDeleteitulah hidup tanpa agama
ReplyDelete