Pilot terkunci di luar kerana co-pilot tertidur di dalam kokpit


BELANDA - Seorang pilot Syarikat penerbangan tambang murah Belanda, Transavia terkunci di luar kerana co-pilot-nya tertidur di kokpit.

Insiden ini terjadi dalam penerbangan Boeing 737 dari Belanda menuju Crete, Greece. Kejadian ini sebenarnya sudah lama terjadi, namun baru terbongkar setelah Badan Keamanan Belanda (OVV) membuat laporan dalam webnya. Mereka mengatakan insiden ini sangat serius.

"Setelah dua setengah jam berada di udara, pilot pesawat meninggalkan kokpit untuk ke toilet," kata OVV, seperti dilaporkan News, Khamis (31/1/2013).

"Kemudian, ketika dia kembali, dia memanggil co-pilot melalui interkom untuk membukakan pintu namun tidak mendapat jawapan," tambahnya.

Akhirnya, setelah beberapa saat, pilot dapat memasuki ruang kokpit tersebut. Di situlah dia mendapati bahawa co-pilot tengah tidur. Kini, insiden itu tengah disiasat oleh syarikat Transavia.

okezone.com



1 comment:

  1. nasib baik pintu boleh buka selepas beberapa saat. cuba kalau pintu lansung tak boleh buka.. mmg seumur hiduplah lesen yg tido tu kena gantung.

    ReplyDelete