Cebisan tiket pertaruhan melibatkan Perak dan JDTFC |
IPOH –Semua pihak khususnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa untuk memantau kegiatan judi bola sepak yang diberitakan mula menular kembali dalam kancah saingan bola sepak tempatan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan menggesa agar ianya dilaporkan segera kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, kegiatan tidak bermoral sedemikian perlu dibanteras segera sebelum ianya kembali meresap dalam saingan bola sepak tempatan.
“Bagi saya, perkara seperti ‘judi bola’ seperti ini tidak sewajarnya berlaku khususnya dalam era bola sepak profesional negara hari ini.
“Ianya perlu dilaporkan segera kepada pihak polis dan sekiranya benar, sesuatu perlu dilakukan oleh FAM bagi membanteras gejala tidak bermoral ini.
“Bagaimanapun, sekiranya kegiatan berkenaan masih berleluasa, ianya dikhuatiri bakal memberi kesan buruk terhadap perkembangan bola sepak negara pada masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.
Zainol berkata demikian berikutan penemuan keratan tiket judi bola setelah perlawanan Liga Super 2013 membabitkan skuad Johor Darul Takzim (JDT) FC menentang Perak, kelmarin.
Difahamkan, keratan tiket berkenaan turut memaparkan jumlah pertaruhan selain keputusan perlawanan berkenaan.
Terdahulu Zainol berkata, dunia bola sepak hari ini sememangnya berbeza berbanding dahulu.
Katanya, bola sepak pada hari ini bukan lagi sekadar satu ‘permainan,’ tetapi lebih kepada salah satu sumber ekonomi.
“Rasanya, tak salah kalau saya katakana ianya (bola sepak) adalah satu kerjaya atau pekerjaan pada hari ini.
“Oleh itu sudah pasti banyak kos melibatkan dari segi wang ringgit serta tenaga yang disalurkan khususnya bagi menguruskan pasukan mahu pun sesebuah persatuan bola sepak,” katanya lagi.
Sementara itu Zainol berkata, pihak pengurusan pasukan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada bukti yang mengesahkan ada pemain Perak yang terlibat dalam kegiatan judi bola ini.
Bagaimanapun menurutnya, sekiranya perkara tersebut hanya sekadar khabar angin pihak pengurusan tidak mahu membuang masa melayan tuduhan sedemikian.
sinar harian

No comments:
Post a Comment