Neelofa nafi bercinta adik jutawan, masih setia dengan Hans


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd. Noor menafi dakwaan bahawa dia sedang bercinta dengan adik jutawan automotif negara ketika ini.

Neelofa yang juga pengacara program Nona dan MeleTOP itu bagaimanapun tidak menolak kenyataan yang dia memang rapat dengan pemuda yang dimaksudkan itu.

"Kelakarlah macam mana cerita ini boleh timbul. Kami memang mengenali antara satu sama lain kerana sudah lama berkawan.

"Saya bukan sahaja kenal dia, malah sepupu dan ahli keluarganya juga saya kenal sejak usia saya 17 tahun lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Jelas Neelofa, dia masih lagi setia dengan kekasihnya, penerbit dan pelakon Hans Isaac. - UTUSAN


1 comment:

  1. redza, memang kompom ka dia bercinta dgn hans? ingat dia mcm main tarik2 tali dan x ngaku

    ReplyDelete