Guna buaya jaga ganja

Seekor buaya yang diberi nama Mr Teeth digunakan untuk menjaga ganja milik Assif Mayr

Polis di Alameda County, California, AS, melakukan satu pemeriksaan di kediaman Assif Mayr (32) di Castro Valley, Rabu (9/1/2013) waktu tempatan.

Namun, betapa terkejutnya deputi Sherif Alameda County, Sgt JD Nelson, kerana selain ganja seberat 15 kg dia juga menemui seekor buaya sepanjang 5 kaki berhampiran ganja itu.

"Kami menduga buaya itu digunakan untuk menjaga ganja itu dari kemungkinan dicuri," kata Nelson.

Tambah Nelson lagi, Mayr menamai buaya itu Mr Teeth. Dia membeli buaya itu pada 1996 untuk memperingati kematian penyanyi rap Tupac Shakur.

Polis kemudian menahan Mayr dengan tuduhan memiliki dan menjual ganja. Sementara Mr Teeth dibawa ke Oakland Zoo untuk dirawat ini kerana ketika ditemui buaya itu kelihatan sakit.


kompas.com


5 comments:

  1. Nasib buaya tu sakit itulah dapat tangkap tuan dan ganjanya kalau tak polis dah kena ngap dgn buaya tu kot..

    ReplyDelete
  2. Dahsyatnya letak buaya. Ntah2 buaya tu pon dah stoned! Haha

    ReplyDelete
  3. nak suruh buaya jagakan rumah plak la..konfem pencuri xbrani masuk..

    ReplyDelete
  4. buaya lagi laju ke manusia lagi laju..?sempat kot nak ambil dari buaya tu.. hehe

    ReplyDelete
  5. kesian buaya tu sampai sakit pun tak kena hirau..aishhh

    ReplyDelete